Tuesday, February 10, 2009

The Mist (2008)


Sebuah cerita seram dari pengarah penulis novel terkenal Stephen King . Cerita yang berkisar tentang mist / fog (kabus) misteri yang datang dari bukit berdekatan ke satu kawasan perumahan dengan tempat tinggal penduduk. Tanpa pengetahuan penduduk ni dorang ingat kabus ni hanya perkara biasa di daerah kampung ni akan tetapi kabus ni membawa pelbagai binatang / raksasa aneh di dalam kabus ni. Satu persatu binatang aneh ni muncul..bagi peminat cerita sci-fi aku raser cerita ni best utk korang...serius shitttt...

Cerita ini boleh dikatakan agak menarik kerana disebabkan hampir 1 jam lebih cerita ini berada di sebuah kedai disbbkan mereka semua terperangkap dan yang menjadi menariknya aku tengok cerita x bosan disebabkan pelbagai karenah dan ragam orang yang berada di dalam kedai tu ade yang polis (berlagak nak mampus..sakit hati aku tgk watak dier ni) ade yang sorang wanita ni aku raser pemegang agama yang kuat sbb dier mengaitkan kejadian ni ada tertulis didalam bible kalo x silap aku (ade jgk orang yang ikut dan percaya dengan dier ni..last2 mati kene tembak sbb da x tahan dengan kerenah dier yang semakin ekstrim) mmg watak2 ni berjaya menghidupkan suasana cerita ni. Dan banyak babak2 menarik cerita dalam cerita ni bagaimana cara dorang nak keluar dan selamatkan diri masing2.

Ending cerita mmg aku terkejut sangat memang aku terkejut dengan kesudahan cerita ni..aku ingat cerita ni bakal berakhir dengan semua orang mati akan tetapi................................mmg ending dier TERBAIK!

8/10

2014

2 comments:

Adam Kulim said...

Pergi mampus dengan cerita ni!!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik wa tengok file dunlod..kalau kat panggung...mau wa bakar panggung on the spot

waxs said...

hahahaa..terbaik ape cerita ni...