Showing posts with label DCA. Show all posts
Showing posts with label DCA. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Shah Alam Metal Gathering 9

Untuk kali ke-9nye Shah Alam tanah tumpahnye darah metalku membuat anual gathering bersama2 band yang pernah bertapak di Shah Alam dan based memang asal Shah Alam.

Flyers inside!

Tuesday, January 3, 2012

2012

Banyak aktiviti untuk tahun ni, bulan 2 fly to siam untuk perform with Adokhsiny for G** Beheading 2012 supporting Metalucifer / Sabbat. Lepas tu preparing for As Sahar next gig 2 dates 1 di Melaka (TBA) dan 1 lg kt Embrace Hall, JB supporting Nun Slaughter.

Maybe perancangan bersama As Sahar akan ade 2 release untuk tahun ni. First maybe akan re-record old song with new line-up expected pertengahan tahun ni & the second thing hujung tahun ni, maybe wa akan enter studio with Wan Barchiel & Malik Hanael for As Sahar new album. Bagi yang masih kabur status One Barchiel, Barchiel masih lagi bersama2 As Sahar dan tidak same sekali die keluar dr As Sahar, die kini akan hanya berada di balik tabir As Sahar.

Untuk DCA plak maybe DCA akan release new EP or split EP, band yang nak split masih tgh cari. Perjanjian with Infernal Kaos Production (Label yang bertanggungjawab megeluarkan EP DCA pada tahun 2005 dan Open:Fire album) untuk mereleasekan new material DCA same ade split or EP.

Claw plak akan ade 2 release pada tahun ni, tape & CD.

For Adokhsiny, target nak release album. Yang ni wa x pasti boleh kejar ke tidak. terlalu byk yang nk kene care & handle, kalo sempat maybe akan release with new Black Thrashing riff from South Korean band.

Till then, enjoy!



Taken from DCA - Open Fire album release by Infernal Kaos Production (Souh Korea)



Taken from Adokhsiny split with Abigail & Hell Torment 2011



Taken from As Sahar new album "Bugis"

Thursday, June 9, 2011

Demonical Crisis Assembly - Black Regiment Live!



Demonical Crisis Assembly - The Black Regiment
Penang 2010

Enjoy The Desecration from DCA

Monday, September 27, 2010

Magenta Silk Screen


Me part of DCA would like to send our greatest regard and million thanks to Magenta Silk Screen for sponsored Sold Out Official DCA - Open Fire t-shirts during Possesed 2010 gig.

If you guys outhere searching for t-shirts printing, I recommended Magenta Screen as your partner!

Salute
w

Wednesday, July 28, 2010

Demonical Crisis Assembly (DCA) - Open Fire OUT NOW!


Demonical Crisis Assembly (DCA) - Open Fire (limited to 200) debut album out now!

Official release 01-08-2010 at Vokill Fest! you guys also can leave a message in this blog or message me to waxs696(at)gmail.com for more details.

See you guys at Vokill fest 2010!

Till then!

Wednesday, February 10, 2010

DCA Official Shirts Out Now!

Demonical Crisis Assembly (DCA) official T-Shirts finally out by Neocronicle.
All size available from baby size too big size.
RM 30 (exclude postage)

Front

Back

Salud!

Wednesday, January 13, 2010

Update New Flyers! (AGAIN!)


This is the third time this gig change the flyers and ADD more band to the lineup!

feel free? support!

Tuesday, January 12, 2010

1st DCA "LIVE" at Penang!


2 Gigs in 2 Month!! Last year DCA langsung x de gig..with upcoming album out soon,we will conquer all Malaysian territory!!!


See Yaa

Tuesday, December 29, 2009

Rator - Live Possesed 2010!


For the first time awaited!! Finally for the very first gig for RATOR and the 1st gig for me (DCA) for this year!!!

For along time we have only heard the name of this legendary band and their kvlt from the past! Now we have chance to see they live in front of your bloody eye!!!

Supported by DCA (War Black Metal) Neftaraka (BMH) Black Abyss (BMH) this will be the black of the blackest black of the year!!!

Only for the DEADicated!

Thursday, March 12, 2009

Demonic Attack to Holy Land Compilation

Akhirnya sampai jgk Demonic Attack to Holy Land Compilation Cd. Setelah hampir 2 minggu aku menanti cd ni!!

x de inlay! tu yang agak mengecewakan aku skit, sleeve case yang keras macm cd case Symbiotic in Theory punya packaging. Mempunyai 18 trax totally Black Fuxxing Metal from band all around the world. Kalo korang nak beli korang straight to DCA label IKP sbb copy yang aku dapat pun x byk.

Friday, February 20, 2009

Demonic Attack To Holy Lands

Finally release jugak compilation ni from total death production (Turkey) with another warbrother such as As Sahar,Sadiztik Impaler,Hornedcrowned.

sape-sape yang mau compilation ni boleh terus contact Total death for more info.
http://www.total-death.com/site/td/releases.htm

DCA - WorldWide


Dok aku belayar ngan internet cari apa dan dimane DCA sekarang last ini diantara yang aku dapat lihat dan saksikan antaranya

mp3


http://black-metal-again.nnm.ru/demonical_crisis_assembly_blood_war_death_2005

siap ade komen kat bawah lagi tapi sepatah haram aku x paham..sape paham?
bahasa siam tu kan...

siap ade torrent lagi..

http://www.torrentportal.com/details/919783/Demonical_Crisis_Assembly-Blood_War_Death-MCD-2006-GRAVEWISH.html

sape mau beli?

http://www.mp3sale.ru/track.php?ms_trackid=673764&partner_id=25&site_id=1


http://lavamus.com/Album/2426155/Demonical_Crisis_Assembly/Blood_War_Death/download-mp3/

DCA antara list dalam ni

http://black-metal6.skyrock.com/

Glad to be part of it...

sape yang x dapat lagi bole lg beli kat sini,copy aku da lama abis..

http://clovenhoofproductions.com/distro1.html

http://www.gutsofdarkness.com/god/forum.php?sujet=758&page=3


Demonical Crisis Assembly (DCA) Ekstrim Review

Di sebalik kemelut kontroversi dan sensasi isu Black Metal penghujung 2005 dan berlarutan di awal 2006, DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY (selepas ini diringkaskan DCA) tetap teguh berani muncul dengan kelengkapan perang terbaru bertajuk "Blood War Death". Difahamkan kandungan 5 buah lagu dalam Demo EP dalam format CD ini adalah rakaman lama, sama waktu dengan Promo CD mereka terdahulu, malah 2 lagu dari promo tersebut juga turut dimuatkan semula dalam Demo EP ini. Senjata utama bawaan DCA adalah Black Metal pada keseluruhannya dicampur-aduk tembakan Death Metal pada sebahagian tempat. Berbekalkan kualiti rakaman yang bagus, saya kira lagu-lagu seperti 'Child of Damnation', 'Internal Suffering', 'Die in Battlefield', 'The Flag of Destroyer', dan 'Blood War Death' digarap pada tahap kreativiti yang baik oleh sekumpulan pemuzik yang berpotensi terdiri dari BlazerMassacre (vokal), Baltazarr (gitar), Emperorhorde (gitar), Sood Entombed (bass) dan Waxs Witchell (dram). Saya melihat DCA begitu banyak menyusun startegi serangan berbentuk riffing gitar yang laju dan tajam disertai dentuman dram yang cergas dan tangkas juga. Jangan harapkan melodi yang mendayu dan layu kerana "Blood War Death" segar dalam nuansa yang serba-serbi keras dan pantas.

Saya turut menganggap lontaran suara vokalis DCA ini memiliki karekteristik yang tersendiri. Maaf jika saya katakan saya tidak dapat membeza atau menyama haluan muzikal DCA secara tepat, namun nama-nama seperti MAYHEM, MARDUK, IMMORTAL, GORGOROTH dan BATHORY sebagaimana yang tercatat pada kulit Demo EP ini mungkin dapat memberi sedikit panduan dalam mengenal dan menilai citarasa Black Metal persembahan DCA. Ok, ini nota tambahan saya untuk ditujukan kepada media massa nasional, MASTIKA dan HARIAN METRO terutamanya: DCA muncul tanpa rasa takut di celah kehangatan gejala Black Metal yang kalian sengaja ada-adakan (atau mungkin juga kalian sebenarnya tidak sengaja kerana kurang arif dalam menakrif jauhnya jurang beza antara kesenian metal haluan timur dan haluan barat) kerana mereka TIDAK LANGSUNG menyeru kepada penyembahan syaitan dan pemesongan akidah. Ini BUKAN halatuju metal budaya timur.

DCA membawa mesej anti-peperangan dan pro-keamanan melalui penyampaian senikata tulisan mereka. Kalian (MASTIKA, HARIAN METRO dan yang seumpamanya) berulang-kali salah tafsir terhadap definasi seni muzik metal ini yang mana kalian anggap ianya bagaikan sebuah amalan songsang mahupun ajaran sesat padahal Black Metal adalah satu jenisan muzik metal yang paling sesuai untuk menyampaikan perasaan marah dan sedih terhadap wujudnya titik-titik hitam dan noda-noda dosa dalam kehidupan seharian sejagat. DCA membuktikannya dengan cukup jelas, menggunapakai irama Black Metal untuk meluahkan ekspresi diri betapa marahnya mereka terhadap pertumpahan darah di serata dunia, betapa bencinya mereka terhadap peperangan yang tidak sepatutnya berlaku, dan betapa sedihnya mereka meratapi pembunuhan dan kematian insan-insan yang tidak berdosa. Inilah sebenarnya muzik Black Metal yang ditimur-budayakan, luahan perasaan pemuzik independen yang terdiri dari orang Melayu dan beragama Islam. Kalian (MASTIKA, HARIAN METRO dan yang seumpamanya) perlu belajar apa itu Black Metal Budaya Timur dari DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY.

Emel: dcassembly696@yahoo.com

Wednesday, February 11, 2009

Review to DCA "Blood War Death" Demo 2005

Taken From MetalTerus Website

Penulis tidak pernah lagi mendengar stuff mereka sebelum ini sehinggalah penulis menyaksikan persembahan mereka dalam satu mini jam session anjuran komuniti Metal Terus. Muzik mereka ternyata simplistik namun masih ada atmospherik hebat yang berjaya membina perasaan pendengar seolah anda sedang sesat didalam satu hutan yang penuh misteri. Mungkin riff gitar mereka bukanlah yang paling inovatif dalam dunia ini tetapi siapa yang perlukan inovasi sekiranya resipi sedia ada sudah cukup untuk membuatkan ia berjaya. Dengan riff straight forward, lenggok drum yang monotone (Bukan kritism!) dan vocal yang sejujurnya lain dari yang lain.

Amat ketara sekali pengaruh Bathory, Morbosidad, Immortal etc. memainkan peranan yg cukup kuat dalam muzik mereka namun DCA mencipta sesuatu dari diri mereka sendiri tanpa menyalin semula nama nama hebat yang disebutkan. Sound rakaman amat professional sekali memandangkan setiap bunyian instrument kedengaran jelas. Penulis tak tahu nak tulis apa lagi tentang rakaman ini, penulis berfikir anda perlu mendengar blood war death untuk memahami sepenuhnya tapi satu perkara yang amat pasti, ada sesuatu aura black metal hebat yang anda bakal jumpai didalam ep ini. Dan satu lagi, DCA merupakan band ekstrim metal pertama dalam 50 tahun sejarah penerbitan Mastika untuk menjadi cover story majalah “digest” tersebut. Satu lagi titik sejarah dalam dunia metal tempatan yang ESSENTIAL!

4/5 - BS

Metal to Metals Part 2

Compilation yang julung2 kalinya dikeluarkan oleh komuniti forummers metal terus sudah masuk chapter ke-2 dan kali ni Demonical Crisis Assembly (DCA) mendapat peluang untuk menjadi band dalam compilation ni. War To End All Wars telah dicipta khas untuk compilation ni yang penciptaan nye x sampai 1 bulan dan lirikal lagu ni tentang penaklukan rejim zionis di lubnan pada tahun 1982 dan para-para pejuang jihad.

Compilation ini menampilkan pelbagai band dan genre such as Neftaraka, Psyrosix, Moggorm, Modar, Nazzaq, Pyro dan etc. Aku x pasti kompilasi ini masih ada lg kat kedai ke tidak yang pastinya ia memberi impak yang cukup besar ke atas scene music tanahair khasnya.

Demonical Crisis Assembly (DCA) - Blood War Death 2006 (Infernal Kaos Production)


Demonical Crisis Assembly ( DCA) - Blood War Death 2006 direleasekan semula oleh Infernal Kaos Production (South Korean) untuk release di seluruh dunia. Release ni mengandungi 5 lagu yang terdapat di demo dan tambahan bonus traxx Live & Raw! yang dirakam secara live dan limited to 150. Demo ni telah dirakam di studio ISeekStudio Subang Jaya dan diketua oleh Mokhtarizal sebagai sound man untuk demo ni.

Stock pada aku da lama abis cume tinggal 2 keping untuk aku simpan sebagai khazanah di hari esok. Sebelum ini demo ini telah dikeluarkan di sekitar malaysia pada tahun 2005. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan release IKP ini boleh korang dapatkan nyer di alamat yang tertera di flyers atas tu.



Demonical Crisis Assembly - Blood War Death 2005 ( malaysian release)

Demonical Crisis Assembly 2009
From L - R
Waxs, Gorgomieth, Grezzor