Taken From MetalTerus Website
Penulis tidak pernah lagi mendengar stuff mereka sebelum ini sehinggalah penulis menyaksikan persembahan mereka dalam satu mini jam session anjuran komuniti Metal Terus. Muzik mereka ternyata simplistik namun masih ada atmospherik hebat yang berjaya membina perasaan pendengar seolah anda sedang sesat didalam satu hutan yang penuh misteri. Mungkin riff gitar mereka bukanlah yang paling inovatif dalam dunia ini tetapi siapa yang perlukan inovasi sekiranya resipi sedia ada sudah cukup untuk membuatkan ia berjaya. Dengan riff straight forward, lenggok drum yang monotone (Bukan kritism!) dan vocal yang sejujurnya lain dari yang lain.
Amat ketara sekali pengaruh Bathory, Morbosidad, Immortal etc. memainkan peranan yg cukup kuat dalam muzik mereka namun DCA mencipta sesuatu dari diri mereka sendiri tanpa menyalin semula nama nama hebat yang disebutkan. Sound rakaman amat professional sekali memandangkan setiap bunyian instrument kedengaran jelas. Penulis tak tahu nak tulis apa lagi tentang rakaman ini, penulis berfikir anda perlu mendengar blood war death untuk memahami sepenuhnya tapi satu perkara yang amat pasti, ada sesuatu aura black metal hebat yang anda bakal jumpai didalam ep ini. Dan satu lagi, DCA merupakan band ekstrim metal pertama dalam 50 tahun sejarah penerbitan Mastika untuk menjadi cover story majalah “digest” tersebut. Satu lagi titik sejarah dalam dunia metal tempatan yang ESSENTIAL!
4/5 - BS
No comments:
Post a Comment