Band kelahiran JB ABMS 696 telah mengeluarkan 2nd album mereka yang bertajuk "God'z". Mungkin ade yang akan tertanye maksud disebalik God'z ini, ini ade sedikit maklumat bagi mereka yang baru dan mahu mengenali mereka secara lebih dekat.
Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami wujud dan setelah hampir setahun
pencarian line ups kami - dan kami kini lengkap berlima, maka akan
terbitlah album ke 2 terbaru kami yang berjudul God'z yang akan di
riliskan pada:
28 Oktober 2012
KPM Komuniti Project Gig 2012
Dewan India Muar, Johor, Malaysia
Album ke 2 ini dirancangkan rilis pada 7 Julai 2012 tetapi disebabkan
kemalangan drummer kami yang berlaku pada April 2012 menyebabkan beliau
perlu tukar kaki kanan kepada kaki robot dan berehat selama dua bulan
sehingga pulih sekitar Jun 2012.
Disebabkan hanya tinggal 1 bulan
sahaja sehingga show kami di Sabah dan Sarawak (7 July 2012) maka
kebanyakkan masa sepanjang bulan Jun tersebut di habiskan utk memberikan
ruang kepada drummer kami test kaki robotnya yang baru... hahaha...
jadi kami tak dapat merekod lagu2 baru ini.
Sehinggalah
selepas hari raya barulah kami dapat bersama masuk ke Studio Hard Sounds
Di Johore Bahru dan berjaya merakamkan lagu2 ini.
Semua
rakaman didalam album ini adalah secara LIVE (direct) dan kami
bersepakat tidak mahu menjalankan proses mastering utk fine tune dan
memperhalusi lagu2 kami yang dirakam, kerana kami mahukan sesuatu yang
asli... dan benar2 REAL soundnya dengan corak bunyian permainan kami
secara LIVE. hanya proses mixing dilakukan untuk album GOD'z ini. Apa
yang akan didengar adalah sound kami yang kami labelkan sebagai BEASTIAL
EXTREME METAL- sama bunyinya jika dipentas, namun segala usaha telah
dilakukan utk menghasilkan bunyian terbaik dalam konteks LIVE recordings
album ini.
Nama - GOD'z dipilih utk judul album ini kerana
secara konsepnya, God'z yang diambil dari perkataan Slang Underground
lama (old school U/G slang) membawa maksud : TERBAIK
dan God'z dipilih kerana sepanjang 5 tahun penubuhan Abms 696 .. INILAH
pencapaian, kerjasama, komitmen dan penghasilan muzik dgn komponen
individu yang lengkap, terbaik dihasilkan oleh semua line up abms 696
didalam konteks bersatu utk sebuah band.
Inilah yang terbaik
dari segi kemantapan, kebolehan dan persaudaraan yang telah dicapai
dalam abms 696 dan aku sendiri yang memulakan abms 696 sekitar Mei 2007
tak menyangka dan tak pernah terfikir yang band ini boleh bertahan
sehingga ke hari ini dengan kejayaan penghasilan 18 rilis secara DIY.
Dan setiap 17 rilisan Abms 696 terdahulu yang dibuat minima 200 unit
setiap satu semua habis terjual. Membawa perangkaan kejayaan menjual
hampir 3500 cd sepanjang 5 tahun kami aktif.
agak membanggakan kerana abms 696 tidak pernah dikenali ramai
Banyak kelemahan perlu diatasi, banyak cabaran perlu dirintangi, namun
aku percaya.. abms 696 akan kekal ada utk satu jangka yang lama,
InsyaAllah.
Terima kasih atas sokongan selama ini, Abms 696 wujud
kerana Pengaruh Irama Metal didalam darah nadi kami.. kerana kawan2..
kerana minat pada muzik dan kerana ada peminat2 dan kawan2 yang terus
menyokong kami selama ini.. terima kasih semua.
- Rdl ov Abms 696
Bagi sesiapa yang berminat boleh contact terus kepada Raymond Dark Legend (RDL)
No comments:
Post a Comment