Thursday, May 3, 2012

Metalcamp 5 (Short Review)

Aku sampai kat Dewan Chin Woo lebih kurang pada pukul 1 pm, mase tu kalo x silap aku, masih lagi sound check untuk drum miking, selepas semua miking drumset da ready, Sarjan Hassan naik ke pentas untuk soundcheck dan selepas itu Lobotomy and di ikuti ngan band2 yang lain.

Itu saje mengambil mase yang agak lama lebih kurang 2 - 3 jam untuk band sound check sahaja. Mengikut atas kertas gig akan start pada pukul 3 tapi terlewat sehingga pukul 5 kalo x silap aku.

Band pertama pada petang itu




Lobotomy

Pada permulaan show, sound Lobotomy memang agak bingit dan bising, sound drum pun x berape nak dengar kalo gitar dan bass tgh main. But masuk je lagu yang ke-2 baru kedengaran miking drum tadi. Pengalaman dorang kat atas pentas memang tak dinafikan lagi hasil pengalaman yang mereka lalui di sekitar Malaysia dan di Jepun. Superb perfomance from Kajang Thrash master!




Sarjan Hassan

Band ke-2 Thrash Metal dicampur dengan elemen crust+d-beat membuatkan crowd pada petang tu mengila dan ade yang mosh pit ditambah pula dengan cover song dari Ace Of Spade Motorhead & Raining Blood dari Slayer memang menambah suasana panas pada petang itu.
  
Hayagriva

Tampil tanpa paint dimuka memberi sedikit kelainan untuk Haya pada petang itu, permulaan yang agak menghampakan apabila sound pada petang itu byk memberi impak yang agak besar pada band2 yang performed pada hari tu. Gitar Jo'O memang  x dengar pada permulaan lagu, tampil dgn gitaris ke-2 dari Nekrad kalo x silap aku pun tidak banyak membantu dari segi sound Haya pada petang itu. Bass pada lagu kedua kadang2 ade kadang2 x de sedikit sebanyak menganggu perjalanan muzik Haya pada petang itu. Hanya sound keyboard Haya je yang aku dgr pada tahap terbaek.


Akan tetapi lama kelamaan sound Haya mulai OK dan much more better dari permulaan tadi. Membawa lagu2 dari album baru dan 2 - 3 lagu lama. Pengalaman yang dorang ade memberi kelebihan pada dorang untuk mengatasi masalah bunyi pada petang itu. Ape2 pun good perfomance untuk Hayagriva.


Bloodshed

Macam mane ehh aku nak mulakan? aku x berape nak ikut sgt muzik Bloodshed ni, jadi aku dgr2 macam gitu je la. Kalo x silap aku, dorang ade bawak lagu2 hit dorang seperti Srikandi Cintaku dan Samarkand. Ramai crowd yang sing along mase Bloodshed on stage terutama pada lagu tadi. Sound kembali normal, but buat ape nak expect lebih, sound rock jadi sound back to normal la skit.



Kalo pada flyers mengatakan Roshdan on vocal pada hari Metalcamp ni but pada malam itu Roshdan tidak kelihatan, but vocal yang mengantikan Roshdan mempunyai kelebihan tersendiri, Not Bad.

 Infectious Maggots

Last aku tengok dorang mase The Thrash Before I'm atau Gegaran 1, aku pun da x igt. Expectation aku tinggi untuk melihat dorang kembali on stage tetapi dihampakan dengan sound IM pada petang itu. Pada permulaan gitar bear langsung x dengar begitu jgk ddengan gitar kedua hanya dgr sikit. But sound going better bila masuk lagu yang ketiga tapi itu tidak mematahkan semangat IM untuk memberi yang terbaek pada hari itu. Membawakan lagu2 favourite IM dari Milk turn red dan Unknown. Showmanship fathul memang superb dan mempunyai gaya yang tersendiri membuatkan crowd melupakan sejenak masalah teknikal yang dihadapi oleh IM.

 Hate Eternal

Fuhhh sound check yang boleh tahan lama, maklum la dorang baru sampai from KLIA dan terus ke venue, yang menjadi masalah aku lihat sound untuk miking drum mcm tidak berfungsi adakala ok adakala x ok. Sound Erik Rutan pun terlalu bising membuatkan aku dari depan terus kebelakang balik sbb treble pada sound agak bising. Aku x dgr lenggok gitar dari Erik Rutan. H.E da macam main Raw Black Metal pun ade. Hanya crowd yang tahu lagu tu saje yang tahu lagu ape yang H.E mainkan.


Ditambah pula bekalan elektrik terputus pada pertengahan lagu ke-2 atau ke-3 kalo x silap aku. Maybe overdose sound pada hari tu. Dapat recover after 5 minit dan disambung kembali dan kali ini sound agak better skit dari mula. Memang sound drum triggered abis dgn vocal Erik Rutan yang brutal as fuxx di bantu dgn vocal pemain bass H.E memang terasa kebrutalan H.E pada hari itu. Aku dapat lihat crowd hanya terpaku dgn H.E, maybe x tahu macam mane nak layan sbb gila ultra laju!

Koffin Kanser

Sepultura / Soulfly malaysia get ready to soul the the stage! vocal aru memang x ubah sejak dari dulu. Last aku tgk dorang mase supporting Napalm Death kt Warp. Sound KK agak ok skit dari band2 yang terdahulu maybe dari muzik genre yang berlainan ataupun soundman da mula dapat rentak dewan yang agak besar tu. Mase yang byk terbuang pada HE tempiasnya terkena pada KK. Hanya dapt main 4 ke 5 lagu sahaja pada malam tu. KK mmg mempunyai kualiti yang tinggi untuk persembahan pentas and on stage. Aku enjoy tgk KK kalo on stage. Superb!


D.R.I

Crossover Bay Area Thrash Metal!! Sebelum Metalcamp dorang berada di Indonesia untuk Hammersonic. Memang x mengecewakan! sound pun da mula ok sejak dari mula D.R.I on stage on the 2nd song crowd da mula moshpit sehingga ke lagu yang terakhir! Pada akhir persembahan D.R.I, crew Metalcamp ade membuat suprise untuk D.R.I sempena ulangtahun ke 31 D.R.I!! Crowd menyanyikan lagu Happy Birthday to D.R.I. Bassist D.R.I banyak menghidupkan suasana pada malam tu. Hampir sejam D.R.I  on stage plus 1 song encore from D.R.I. Memang tidak mengecewakan walaupun last song abis hampir pukul 1 am!



Overall aku raser ini antara gig yang terbaek pada tahun ini. Overall yang dtg pun aku rase sekitar 600 - 700. Good job for all Metalcamp 5 crew hope we meet again next year.

W.












No comments: