Monday, June 24, 2013

As Sahar - Asian Tour 2013

Lama betul aku x update blog aku ni, jadi aku nak mulakan dengan tour As Sahar yang da bermula last 2 week. Bermula di Indonesia pada 8 June sehingga 9 June 2013 dan di ikuti gig annivesary As Sahar pada 11 June dan akan berakhir pada minggu ni 29 june di Manila.

 

Cume ada sedikit kecewa apabila 1 date di Indonesia tidak dapat dijalankan disebabkan masalah organizer. Jadi kami hanya sempat berada di Tangerang, Indonesia. Masa yang selebihnya kami habiskan di kota jakarta melihat gig2 yang lain. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ataupun tiap2 minggu ada saja gig di Indonesia. Info yang aku dapat dari sahabat2 disana, Metal sudah menjadi budaya kat sana dan menjadi satu tarikan pelancong di Indonesia.

Kami tiba dari kota Jakarta pada hari isnin dan esoknye plak As Sahar nak menyambut annivesary yang ke-25 di Penny Lane, Petaling Jaya bersama Sadiztik Intent akan tetapi kelalaian organizer di Australia menjadi punca S.I terlepas kapal terbang mereka. Jadi gig di pennylane terpakse diteruskan tanpa S.I.



Dan minggu ni As Sahar akan berada di Manila untuk sesi tour terakhir untuk tahun ini. Aku akan update jika ade masa terkuang di manila nanti.



K.W


No comments: