Sunday, July 22, 2012
Hellstorm Over Borneo 2012
Buat pertama kalinya As Sahar diberi peluang untuk beraksi di borneo Sabah dan Sarawak pada 07 dan 08 July yang lalu bersama band ABMS 696. Pernebangan yang mengambil mase lebih kurang 2 jam dari Senai ke Kota Kinabalu. Wa suke sangat keadaan di lapangan terbang Senai, sunyi dan x sesak macam kt LCCT. Tiba di Kota Kinabalu pada pukul 10 malam dan di sambut oleh saudara Rizzo (Nightlord) and the gang dan terus ke hotel penginapan dan bersantai untuk menunggu hari esok.
Bertempat di cowboy bar, tidak jauh dari hotel penginapan hanya 5 - 6 minit berjalan ke sana. Suasana venue pun selesa banyak kedai makan. Selepas As Sahar melakukan soundchek, hujan mula turun di Kota Kinabalu sewaktu ABMS 696 mula mengambil pentas untuk sound check.
Crowd da mula ramai di luar Cowboy Bar dan pintu gate dibuka pada pukul 3 kalo x silap aku dan band pembukaan pada hari tu aku x berapa nak igt, kalo ikut kan kertas band pembukaan pada hari tu Nighlord.
Cume ade sedikit kecacatan pada drumset apabila cymbal x sampai-sampai jadi band pembukaan beraksi tanpa mengunakan cymbal. Tapi aku lihat sedikit pun tidak mematahkan semangat band pembukaan sebab dibantu dengan sound yang total superb!
Wa x dapat nak stay lama kat venue untuk tgk band seterusnya, wa kembali ke hotel untuk berehat sebentar sementara menuggu giliran As Sahar pada awal malam nnt. Nk ikut kan after ABMS sedang beraksi ade satu lagi band iaitu Kalabanganz tapi Kalabanganz tidak dapat beraksi kerana line-upnya hilang tanpa berita (sumber dari Naz Mantak) hahahaha.. jadi As Sahar mengambil pentas selepas ABMS 696.
8 lagu dibawa bersama 2 intro, antaranya Silumanical, Meditasi, My Hyms, Stroll in Kafan, Dari Jaaan, Rejoice in Funeral, Behind The Birh dan Tinggam. Wa seronok bermain walaupun keadaan drumset yg agak kurang equipmentnye tapi dibantu oleh soundman pada mase itu membuatkan wa lupe tentang kekurangan yang ade. Salute 666 to soundman on that day!
Pukul 5 pagi da ready ke Kuching plak untuk next and our last stop. Sampai di kuching around 9 pagi. Terus ke penginapan di Transit Point tidak jauh ke venue. Rehat sementara menungu soundcheck pada pukul 11 pagi. Sampai di venue Harvester tgh soundcheck, nice stage and sound. After Harvester, As Sahar naik untuk testing 2 - 3 lagu sebelum beredar balik semula ke transit point.
Sorry geng, aku x dapat nak follow semua band yang main pada hari tu sebab wa sendiri x cukup rehat jadi wa balik ke hostel untuk berehat sementara menungu giliran As Sahar. Kami sampai semula ke venue pada pukul 6 - 7 malam. Harvester tgh prepare untuk next band. Harvester sebuah band yang boleh dikatakan lama jugak kat Singapore. Good sound and showmanship terutama pada bassist and guitarist yang mcm Akira cume die ni too clumpsy atas stage but overall he got attention from us untuk tgk die je hahahaha.. featuring cover song from COF and Iron Maiden. Cume female vox die macam x sampai dan kurang dari segi pitching yang selalu lari bile mode tinggi.
Purgatory Siamese Female fronted Brutal Death, memang tidak dapat dinafikan. Growl yang superb dibantu dengan sound pada hari tu dan penguasaan stage yang terbaek dari purgatory. Kalo x silap wa purgatory hanya sempat main 4 lagu sahaja memandangkan masa tidak mencukupi but they all give a very good performance in a short time! good job guys!
Asian Beastial Metal Syndicate 696, membawa hampir 6 -7 lagu. Sound yang padu dan melodi lagu yang memang membuat kan crowd banging bersama. Memberikan byk saguhati pada crowd yang berada di depan membuat kan crowd bertambah gila pada malam tu. Featuring new song and ddedicated song to As Sahar pada last song. Good arragement, ade kedengaran riff kemelayuan kat situ. Good Blow-job guys! Thanks for the support till this years.
Memandangkan masa tidak mencukupi apabila As Sahar terpaksa cut 1 song (Dari Jaaan). Dimulakan dengan Silumanical, My Hyms dan Meditasi Embun Pagi. Pada set kedua intro tuju - tuju opus di ikuti oleh Stroll in Kafan, Behind The Birth of Mass, Rejoice In Funeral dan yang terakhir Tinggam. Cume monitor drum kat belakang kadang-kadang dengar dan tidak. Overall aku bole dgr keseluruhan instrument atas stage but kadang sound jadi x blend wa jadi kompius pada satu-satu masa.
Overall yang wa dapat simpulkan kedua-dua venue mmg menyediakan tempat yang menarik dari segi stage accommodation mahupun dari segi sound. Is honor to played with you guys Sabah & Sarawak. We all miss all your foods and friendly people. Hope we meet again.
W.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terbaek
\m/
Post a Comment