Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Paranormal Activity 4

Tiada yang special, kalo da masuk kali ke-4 tapi masih lg mengekalkan trademark movie ni. Plot yang berlaku hampir same dengan jalan cerita yang sebelum ni, yang membezakanya kesudahan pada setiap filem ni. Boleh agak ape akan jadi. Tapi aku rase mcm ade suntingan pada filem ni.. x sama mcm teaser yang aku tgk... kene cari yang unrated version maybe lagi seram..


Monday, October 1, 2012

Bait (2012)

Filem hasil kerjasama Media Singapore and Australia menampilkan beberapa pelakon dari negara itu sendiri. Aku tertarik pada sedutan cerita ini mase aku sedang tengok cerita "Chernobyl Diaries" kalo x silap aku dan menarik minat aku untuk menonton cerita ni.

Friday, September 21, 2012

Triangle (2009)


Another interesting movie yang pernah wa tengok, aku x tahu mcm mane pengarah ni bole pikir n create 1 movie dimana penghujungnya akan bertemu kembali pada permulaan cerita. Ini yang terjadi pada filem "Triangle" ni. Filem yang akan membuatkan korang tertanya, tertunggu untuk mencari kesudahan dan penyelesaian dgn cara sendiri, mcm mane filem ini boleh berhubung dari satu plot ke plot yang lain.

Tuesday, May 22, 2012

Into The Wild (2007)

Sean Penn kalo hasil tangan die berkaitan genre Drama mesti fantastic, tidak kira die director, actor or dibelakang tabir hasil die mmg aku salute.

Kali ni aku tgk movie yang mendapat pujian serata tempat mahupun di facebook dan forum filem serata dunia.

Aku x sure based on true story or not but ending filem ni menyiarkan gambar sebenar Chris McCandless sebelum die mati di dalam Magic Van berserta buku yang die tulis dalam journey yang di laluinya

Monday, May 21, 2012

Cube (1997)


Bekisar tentang sekumpulan manusia yang terperangkap didalam sebuah giant "Cube" yang mempunyai banyak traps yang tersembunyi dan mereka perlu mencari jalan keluar untuk mereka melepaskan diri. Setiap orang yang terperangkap mempunyai karekter mereka yang tersendiri seperti polis, math expert, traps expert, doctor dan disable man.  Ade sebab kenape mereka dipilih.


Friday, May 18, 2012

Fermat's Room (2007)

Lama jugak aku x review movie-movie yang mind bending, mystery, low-profile and underrated ni.

Movie mengenai kisah 4 orang Matematik expert yang saling tidak kenal antara satu sama yang lain  yang telah di-invite oleh seorang host yang misteri bernama Fermat ke sebuah tempat untuk bermesyuarat. Pada mulanya invitation untuk menghadiri meeting untuk membincangkan enigma matematik tapi telah berubah dan mereka ber-4 teperangkap dalam bilik yang dilengkapi dengan peralatan mampat atau shrinking room.


Friday, November 25, 2011

Cowboys & Aliens 2011

Movie yang kurang dari expectation yang aku rase gempak mase aku tgk trailler kt pawagam.

Director da gempak John Favreau with Steven Spielberg but bagi wa cerita ni maybe boleh buat lagi baik and bagus dari ni. Slow pun ade macam ade kekurangan plak cerita ni.

Berlatar belakang kan pada tahun 1873, kisah sebuah penempatan cowboy yang kaya dengan sumber emas telah diserang alien yang mahukan sumber berkenaan tapi yang wa kurang faham yang alien tu kidnap residents kat situ tapi untuk ape pun wa x tahu (kot2 sape yang tahu) lepas tu babak dimana semua residents yang pandang cahaya yang membuatkan dorang lupe pun wa x paham ape motif die buat mcm tu??

Actor pun boleh tahan Daniel Craig (James Bond) and Harrison Ford (Indiana Jones) but maybe script kurang sengat skit. Overall Ok laaaa..

3 / 5

Friday, November 18, 2011

Immortals 2011

Da seminggu wa Off dr kerja, nak abis kan cuti tahunan yang ade lagi 24 hari..semalam da guna 5 hari since went back from kuantan.

So bosan punye pasal, tengahari wa pergi TGV..niat mahu tgk Real Steel tapi pukul 2030 mlm plak, jadi pusing tgk poster mane yang berkenan..ternampak cerita ni..trus beli ticket..

The best ever fight scene since 300! costume pun lawa, effect cerita pun menarik...kadang2 da mcm tgk 300 punye fight & gaya karekter movie ni. Cerita mengenai si brutal and bloodthirsty King Hyperion (Mickey Rourke) yang ingin mencari Bow of Epirus yang boleh digunakan membebaskan titans yang terperangkap digunung / bukit Tartarus.
Munculah seorang stoneman yang bernama Theseus (Henry Cavill) yang sebenarnye dilatih oleh Zeus untuk menjadi seorang warrior yang die sendiri x tahu org tua yang menyamar tu ialah "Dewa Zeus". Kemuncak movie ini bermula bila ibu kepada Theseus mati dibunuh oleh Hyperion since dari sini movie ni da mula start menarik dari segi fighting, scenery, effect dan journey Theseus untuk mencari Hyperion & Bow of Epirus.
Wa recommended for fan 300 & Lord Of The Rings.

4.5 / 5

Jalan cerita x byk berubah tentang kehidupan Dewa-dewa greece

Monday, October 3, 2011

Setup (2011)


Gila x best!

Storyline da ok tapi gaya persembahan GAGAL! wa x tahu pun kewujudan cerita ni disebabkan terpandang Bruce Willis rase nak tgk plak.. raser mcm 30 minit pertama rs nk tutup pun ada...banyak story longgar, plot cerita mcm x abis...

1.5 / 5

White Irish Drinkers (2010)


Not bad.
Drama yng menyentuh hati tentang semangat kekeluargaan.
Berlatang belakang pada tahun 1975 di brooklyn. Kisah kehidupan 1 family yang hidup sebagai working class pada tahun tu..

Main story byk berkisah tentang 2 beradik yang rapat semasa kecil dan bertapa loyalnya kasih sayang 1 family terhadap familynye walaupun sering bergaduh, tumbuk sane, tumbuk sini, gaduh ngan bapak sendiri tapi kasih sayang sebagai family tetap x akan pudar..sejahat manapun mereka...

Brian Leary yang mempunyai kebolehan melukis tetapi bekerja kat teater yang kononnya rolling Stone akan main kat teaternye TAPI......Brian Leary mempunyai seorang abang Danny Leary yg cukup sayang kepada adiknya walaupun abangnya seorang kaki crime...

tapi 1 je..ending yang spoil skit...

3 / 5

Tuesday, September 20, 2011

Ironclad (2011)

1 Word. Boring!

Banyak kali aku cube tahan diri aku supaya jangan tutup player movie aku, tp aku terpaksa tukar jgk ke movie lain. Mula aku tertarik nak tgk movie ni bila aku ada terbaca satu poster psl Ironclad ni yang mengatakan style perang die hebat selepas LOTR tapi haram x best!!! Bab gore & blood movie ni hebat lagi LOTR tapi jalan cerita & teknik kamera mmg GAGAL!

1.5 /5

Limitless (2011)

Movie yang diadaptasi dari novel "Dark Side" (aku pun da lupe nama novel tu, tp rasa mcm gitula namanya). Good movie, not so heavy drama.

Movie yang mengisah drug yang boleh membuatkan seseorang itu meng-access kan otak nye 100%! Kalo nak ikutkan teori, manusia hanya mengunakan 20 % - 30 %. Edward Morra (Bradley Cooper) seorang penulis yang hilang arah tujuan hidupnya sehingga la die diberi secara percuma drug oleh bekas adik iparnya.

Agak lembab pada permulaan movie ni tapi movie ni jadi menarik bila Edward Morra mula me-limitless kan pengunaan pil itu yang semakin habis. Effect pengunaan pil ni mmg bahaya sehinggakan ada yang client mati dan yang menariknya orang yang bijak pandai disekelilingnya juga mengunakan pil ni!!

3/5

Friday, September 9, 2011

The Guardian (2006)


Movie yang berkisar tentang kehidupan seorang US coast guard veteran (Kevin Costner) yang sanggup risk his live untuk menyelamatkan nyawa orang yang dlm kesusahan tidak kira la dalam ape jugak keadaan sehinggakan crew & kawan baik die terkorban kerana "kedegilan" die untuk menyelamatkan nyawa orang.

Pada mulanya aku ingat citer ni akan berkisar action dan teknik seorang coast guard menyelamatkan orang tapi byk berkisar tentang latihan how to to be become US coast guard. For me, jadi bosan skit bila da smp part tu but bila sampai part action dorang kt laut mmg best secara x langsung wa tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan orang ditengah lautan.

3 / 5


Tuesday, September 6, 2011

Devil (2010)

Stunning!

Cerita ni memang buat wa x leh tutup lampu...DAMN! memang devil abis cerita ni...From the mind of Mr. Night Shyamalan. Dia ni kalo buat cerita or from his mind memang best tapi x semua nye menarik ade jgk yg kurang skit...

Cerita ni berkisah 5 orang yang terperangkap dalam lif tu je, tapi director die berjaya membuat wa tertunggu ape akan jadi seterusnya. Plot yang menarik, x bersepah & maybe this is my very first time aku tgk director ni direct.

5 orang yang terperangkap dalam lif tu dipilih sendiri oleh so called "Devil" yang mempunyai bad record dalam sejarah hidup masing-masing. Good movie.

Unexpected twist, good acting walaupun yang berlakon not from the famous actor, excellent cinematography & the best part is movie ni buat lu guessing "who" till the end of the movie.

"Bad thing happen have a reason"

4 / 5

** Wa suke ayat di penghujung movie ni.

Friday, August 5, 2011

The Lovely Bones (2009)


Another great drama i watched just now.

Tersentuh plak wa tengok movie from Peter Jackson (LOTR Trilogy). A good & heavy drama from him. Walaupun just a drama but technical effect yang dimasukkan dlm film ni mmg best!

Film yang mengisahkan seorang kanak2 yang dapat melihat dari "syurga" tentang kesengsaraan, kegembiraan familynya dan keadaan pembunuhnya yang membunuhnya sewaktu die seumur 14 tahun. Stanley Tucci mmg berjaya bawak watak die.

Pelbagai cara yang digunakan oleh familynya untuk mencari pembunuhnya namun akhir gagal.

Sedihnya film disebabkan keluarga die tidak mengetahui dimanakah mayat die disembunyikan sehingga pada yang scene yang terakhir yang buat wa rasa sedih skit.

Kecewa wa cume directornye x cerita mcm mane Stanley Tucci bunuh Sussie Salmon and kenape die bunuh the rest of women sebelum Sussie Salmon.

Ke aku yang terlepas?

3.5/5

21 Grams (2003)


Very heavy drama but really good story!

Aku x tahu nak tulis ape bila abis je tgk film ni. For me, best! Walaupun pada mula agak berat untuk memahami tapi bila lama2 baru la aku paham.

Memang aku salute director film ni. Wa advise mase korang tgk film ni korang kene focus betul2 kalo tidak korang akan lost. Plot cerita mmg terloncat2. Aku x tahu mcm mane director ni boleh membuat scene yang tidak bersambung pada plot2 yang berikutnya sehingga berjaya menjadi satu cerita yang menarik! Wa salute idea director ni. Memang patut film ni dapat 21 Award. \m/

Film yang mengisahkan 3 family yang berlainan situasi (identity yang berbeza dan tidak bersangkut paut langsung antara satu family ke family yang lain) Family A (Family Cristina Pecks) Family B (Paul Rivers) & Family C (Jack Jordan - aku igt Brad Pitt!)

Dalam film ni masalah yang dialami oleh mereka berjaya menemukan mereka secara segaja dan tidak segaja.

4/5

Thursday, August 4, 2011

Unknown (2011)

Liam Neeson is back as Dr Martin Harris selepas all time film faveret wa TAKEN. Kali ni dia kembali sebagai seorang pembunuh upahan yang mengalamai kemalagan kereta (masa nak amik beg die yang tertinggal kat airport) sewaktu baru sampai ke Berlin untuk melaksanakan tugasnya

Semasa die dalam keadaan koma selama 4 hari, ada orang telah mengambil identity Dr Martin Harris. Tiada seorang pun yang percaya termasuk isterinya ditambah plak memory Dr Martin Harris tergangu sehingga die sendiri terlupa siapa diri die sebenarnya.

Ending yang menarik sewaktu Dr Martin Harris tahu siapa die sebenarnya.

3.5/5

Wednesday, August 3, 2011

The Fourth Kind (2009)

Baru je abis tengok movie ni, Interesting & Thrilling yang wa boleh kate kan bila abis tgk citer ni. Movie yang mengisahkan aktiviti paranormal dan misteri especially tentang UFO yang berlaku kat Nome, Alaska.

Case study yang di jalankan oleh satu unversity di US dan dialami sendiri oleh Dr. Abigail. Tyler. Interestingnya movie ni sbb segala yang berlaku direkod sendiri oleh Dr. Abigail tu sendiri dari image sampai la ke dictation. Part yang wa suke bila anggota polis melakukan pemerhatian terhadap Dr. Abbey dan berlaku sesuatu yang "misteri" direkod oleh camera polis tu sendiri.

Cinematography yang menarik, susunan & teknik camera yang menarik membuat cerita thrill dari satu situasi ke situasi yang berlaku. Ramai yang terlibat dalam situasi UFO dalam citer ni tapi dorang semua refuse untuk bg kerjasama dlm movie ni, sama ada pihak US nak sembunyi fact atau sebaliknya.

True Story ?
In the end, what your believes is yours to decide.

3.5 / 5





Tuesday, July 26, 2011

The Prestige (2006)

Fuhhh! Another great film by Christopher Nolan (Batman Begin)

Cara sinematografi film ni macam Batman Begin mood. Cast pun antara actor yang wa minat Christian Bale, Hugh Jackman & Scarlett Johansson.

Movie yang mengisah dendam diantara 2 illusion (magicman) yang satu ketika dulu work as a team than terjadi satu insiden menyebabkan mereka bergaduh dan berlawan antara satu sama lain melalui trick illusion yang mereka ada. Both Jackman and Bale are magicians trying to outperform each other.

Menarik jugak trick illusion yang ada dlm citer ni. X semua yang kite tgk tu ada lah magic we need to focus, look closely & don't be fooled!

Aku suka final scene movie ni. Amazing!

Solid 5/5 from me.


Friday, July 22, 2011

Drive Angry 2011

Visionary from My Bloody Valentine.

Bagi wa movie ni gagal! Story line x best. Walaupun yang cast Nicolas Cage tapi ade jgk cite die yang gagal mcm Bangkok Dangerous & Next nasib ada William Fitchner (Prison Break) kalo x de mmg wa x tgk movie ni.

Movie yang mengisahkan Milton (Nicholas Cage) yang keluar dari neraka untuk mencari pembunuh anak perempuannya dan penculik cucunya yang diculik oleh sekumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Jonah King (Billy Burke) . Jonah king percaya kalo budak kecik ni dibunuh dunia akan kembali aman. The Accountant (William Fitchner) plak diturunkan ke bumi dari neraka untuk mencari Milton supaya kembali ke neraka.

Wa tgk movie dalam bentuk 3D, die punye CGI memang superb tgk dr persembahan citer ni mcm nk ketengah teknik2 3D je. My Bloody Valentine much more better than this movie.

2.5/5